Tuesday, November 9, 2010

teringin nak buat tapi apa kan daya...

Huhuhu..paste gambar dari internet jerlah utk cuci mata..nak mengait pun still tak boleh lagi..so saya pun cari lah pattern2 yang ader kat internet untuk dikongsi dengan rakan2 blogger..mana tahu ader yang nak cuba..dah try buat leh ah tunjuk hasil kat saya bagi semangat skit nak buat utk anak2 saya...huhuhuhu..frust sangat2...

 


Tuesday, November 2, 2010

Kek Lagi..Kali ni Kek Marble..



hehehe..masa saya duk mabuk2 hari tuh..duk mari minat wat kek..tekak pun asyik duk teringin nak makan kek jer...tuh yg buat kek selang seminggu ni..tapi kek yang saya buat ni tak letak gliserin pun..sbb takder..tapikan naper color dia tak terang cam yg dalam resepi..ader saper2 tahu tak..ni resepi dia saya amik dr blog mat gebu..

Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )

  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g Gliserin
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco 

Cara-Cara

1.Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan. 2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata. 
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2). 
6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis. 
7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

trylah..sedap..tak rugi kalu mencuba..

Tuesday, October 26, 2010

lari tajuk..hehehe..Kek Gula Hangus..


1st time buat kek gula hangus ni..sangat excited skali buat sarang semut yang menjadi..hehehe..resepi ni saya dapat dari web myresepi...



saper2 yang berminat nak buat leh amik resepi..tapi kene betul2 perap dalam 3 jam baru menjadi sarang dia..

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega 

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

Saturday, October 23, 2010

bag





bag ni dah lama dah siap, dah bagi gift kat tuan dia dah..cumer baru hari nih dapat update..

Thursday, October 14, 2010

Dah bersawang blog ni...ish2..

sorilah kepada yang bertanyer, bukan taknak jawab tapi mmg dah lama sangat tak bukak blog ni..n sentuh crochet pun dah lama ditinggalkan..maklumlah..tgh mabuk n pening2..terus takleh nak ngadap..nak buat jer pening..huhuhuhu..sedih sangat2..nak mengadap pc pun takder mood..sbb tuh blog saya ni tak berupdate...

Tuesday, April 6, 2010

snoopy..

hehehe...yang ni paling mencabar yang saya buat..memang merumitkan...
yang ni saya ikut pattern kat sini

cendawan....

cendawan ni saya ikut pattern dari internet..tapi luper plak dia punyer website..(nanti saya akan updatekan balik yer nanti)..
interframe plak caterpiller ni..

catterpiller amigurumi

yang ni saya punyer sendiri buat...hehehe..cam tak caya lak..takder pattern yer..sendiri kiraan..tapi saper2 yang nak pattern dia saya leh bagikan..




yang ni anak saya pun geli nak pegang..hehehe

lagi amigurumi...

ikan ni mggu lepas lagi dah siapkan...

hahaha..background abaikan yer..

Thursday, March 18, 2010

Free Crochet Pattern

Saya listkan senarai2 pattern free yang selalu saya duk intai...


Amigurumi Fish

kali ni saya buat ikan plak..hehehe..saya ikut pattern kat sini (Klik sini)

baru siapkan part badan dan mata dulu..

posisi tepi..

digabungkan dengan bee yang mulutnya takder (hehehe)..*sebenarnya nak buat mulut tuh tak berapa jadi,..duk main tetas byk kali..)
hehe..akhirnya..fish n bee yang telah siap...sian bee tuh..dan mcm mulut tak siap lak..hehehehe..
ader sekor lagi bee yang tak siap ..kali ni mata plak takder...(sebenarnya tggu order sampai..sbb saya cari manik hitam yang besar skit takder plak kat kwsn umah..tu order online jer senang..tggu sampai jer lah ni..)

Crochet Bag..

hari ni saya nak posting pasal bag yang telah siap saya kait..nilah hasilnya..dan utk pattern bag ni saya ikut tutorial kat sini..(klik sini)

 kat sini saya just tambah bunga bagi menambahkan ruang yang agak kosong...so pada saper2 yang berminat nak buat tapi tak faham nak ikut direction dia..bolehlah bertanya..saya akan tolong setakat yang saya mampu..

Thursday, March 11, 2010

Mari Belajar Amigurumi Bee

hari ni saya nak menghuraikan lebih secara praktikal istilah yang digunakan dalam singkatan crochet nih..saya amik contoh nak jahit lebah yang comel nih..saya dah siap dah satu..cuma tak post gambar jer lagi..takper nanti saya postkan bila ada masa yer..pattern dia saya amik dari sini  Cute Bee Crochet Pattern. 




* supaya tak terlupa dia punya bilangan saya gunakan pin baju sebagai penanda..(hehehe jimat dan murah)

Instructions:
HEAD AND BODY: Begin at top of head with A, ch 2.
(pattern ni dia jahit kepala terus kepada badan..ok mula2 buat dua rantai) (pada yang mula2 nak belajar buat rantai klik sini)
Rnd 1: 6 sc in 2nd ch from hook.
(Pusingan 1 : dah siap dua rantai..masukkan jarum dalam lubang yang kedua dan kait buat  sebanyak 6 kali so kita dapat 6sc).(sesiapa yang tak tahu sc  tu cammane leh klik kat sini.)

Rnd 2: 2 Sc in each sc around – 12 sc.
(pusingan 2 : satu lubang kita buat 2 sc -maksudnya kita akan masukkan jarum kedalam lubang yang sama sebanyak 2 kali bagi setiap ch sampai habis dan kita akan dapat 12 sc) (nak tahu btul ker tak cuba kira)

Rnd 3: [Sc in next sc, 2 sc in next sc] 6 times – 18 sc.
(Pusingan ke3: sc pada rantai yang pertama kemudian 2 sc pada rantai yang kedua..- kat sini kita masukkan jarum pada lubang yang pertama pastu kait.. kemudia lubang yang kedua kita akan kait dua kali pada lubang yang sama  bg menghasilkan 2sc..ulang sebanyak 6 kali dan kita akan dapat 18sc)

Rnd 4: [Sc in next 2 sc, 2 sc in next sc] 6 times – 24 sc.
(pusingan ke4: buat sc pada lubang yang pertama dan kedua kemudian 2sc pada lubang yang ketiga ulang sebanyak 6 kali jumlah siap 24 sc)

Rnd 5: [Sc in next 3 sc, 2 sc in next sc] 6times – 30 sc.
(pusingan ke5: buat sc pada lubang yang pertama,kedua dan ketiga  kemudian 2sc pada lubang yang keempat ulang sebanyak 6 kali dan jumlah siap 30 sc)

Rnds 6-12: Sc in each sc around.
(pusingan 6-12: buat sc pada setiap ch..sampai 12 pusingan- jumlah setiap pusingan masih 30sc)

Rnd 13: [Dec] 15 times – 15 sc.
(Pusingan ke13: Ok kat sini kita nak kena hasilkan 15 sc daripada 30 sc tadi- ok mula2 kita masukkan jarum pada lubang yang pertama pastu tarik benang, jgn kait terus..tapi masukkan jarum kedalam lubang yang kedua pastu tarik benang baru kait semua..buat 15 kali..kita akan dapat 15sc)

Neck-Rnd 14: [Sc in next 3 sc, dec] 3 times – 12 sc.
( pusingan ke 14 utk dijadikan leher: (kat sini kita buat sc pada lubang 1,2, dan 3 kemudian lubang 4 dan 5 kita kait sekali (sama seperti pusingan ke13) ulang 3 kali dan kita akan dapat 12sc.

Body-Rnd 15: [Inc] 12 times – 24 sc.
(pusingan ke15 badan: (pusingan ini kita nak menambahkan sc kita menjadi 24sc. So setiap lubang kita kena kait dua kali sc dan akan dapat 24 sc.)
Rnds 16 and 17: Sc in each sc around. Cut A. Stuff Head.
(pusingan 16 dan 17: buat sc pada setiap pusingan sampai pusingan 17 sebanyak 24sc. potongkan benang lebih sikit.)

Rnds 18-21: With B, sc in each sc around. Cut B.
(pusingan 18-21: pusingan ni kita dah nak start benang color lain..tapi  masih lagi sc sebanyak 24sc) (utk tutorial join benang lain color klik sini)

Rnds 22-24: With A, sc in each sc around.
(pusingan 22-24: kita guna balik benang yang kita guna masa mula2 tadi..buat 24 sc jugak. bleh juga rujuk kat atas bagi nak join benang baru)

Rnd 25: Dec] 12 times – 12 sc.
(pusingan 25: daripada 24 sc nak dijadikan 12 sc so kita sama sperti pusingan 13 cuma kat sini kita buat 12 kali bg menghasilkan 12sc.)

Rnd 26: [Dec] 6 times – 6 sc. Fasten off.
(pusingan 26: boleh rujuk pada pusingan 13. tamat utk badan)
Finish stuffing. Weave yarn tail through remaining 6 sc, draw up firmly to gather; fasten securely.



WING (Make 2): With C, ch 7.
Row 1: Sc in 2nd ch from hook and in next ch, hdc in next 2 ch, dc in next ch, 6 dc in last ch; working on opposite side of ch, dc in next ch, hdc in next 2 ch, sc in last 2 ch; turn.
Row 2: Ch 1, sc in next 2 sts, hdc in next 2 sts, dc in next st, 2 dc in each of next 6 sts, hdc in next 2 sts, sc in last 2 sts; turn.
Row 3: Ch 1, slip st in each st around. Fasten off.
Sew in place on back of bee.
 (untuk kepak dia ni saya tak berapa pandai..so saper2 yang boleh huraikan..boleh lah bagi penerangan camner nak buat kepak ni yer...)

LEG (Make 6): With B, ch 7; 3 sc in 2nd ch from hook, slip st in last 5 ch. Fasten off. Sew in place.
untuk kaki dia kena buat 6:-mula2 buat rantai (ch) 7 kali, pastu rantai kedua kita buat sc sebanyak 3 kali dalam lubang yang sama..pastu masukkan jarum pada lubang ketiga dan terus kait (jgn buat sc) utk slip st tutorial klik sini. Buat 5 kali..ikat kemas..(siap keenam2 kaki terus jahit pada badan)

FEELERS (Make 2): With B, ch 10; slip st in 2nd ch from hook and in each ch across. Fasten off.
untuk sesunggut dia: buat 10rantai (ch) pada lubang yang kedua pastu lubang yang ketiga buat slip stitch yang mcm kat atas..

Selama mencuba..mana2 yang tak faham sila comment yer..supaya saya boleh perbaiki lagi mana yang kurang tuh...dah siap bolehlah postkan kat sini...
ni bee yang saya dah siap buat...
mulut dia saya tak sempat jahit lagi masa ni..tapi color ala2 pink gitu bee ni..hehehe..

Wednesday, March 10, 2010

singkatan yang biasa digunakan


Crochet Abbreviations
Abbreviation
Description
[ ]
work instructions within brackets as many times as directed
( )
work instructions within parentheses as many times as directed
*
repeat the instructions following the single asterisk as directed
* *
repeat instructions between asterisks as many times as directed or repeat from a given set of instructions
inch(es)
alt
alternate
approx
approximately
beg
begin/beginning
bet
between
back loop(s)
bo
bobble
BP
back post
back post double crochet
BPsc
back post single crochet
BPtr
back post treble crochet
CA
color A
CB
color B
CC
contrasting color
chain stitch
ch-
refers to chain or space previously made: e.g., ch-1 space
chain space, the space made by the chain
CL
cluster
cm
centimeter(s)
cont
continue
double crochet
double crochet 2 stitches together
dec
decrease/decreases/decreasing
dtr
double treble
front loop(s)
foll
follow/follows/following
FP
front post
front post double crochet
FPsc
front post single crochet
FPtr
front post treble crochet
g
gram
half double crochet
inc
increase/increases/increasing
lp(s)
loops
m
meter(s)
MC
main color
mm
millimeter(s)
oz
ounce(s)
p
picot
pat(s) or patt
pattern(s)
pc
popcorn
place marker
prev
previous
rem
remain/remaining
rep
repeat(s)
rnd(s)
round(s)
RS
right side
single crochet
single crochet 2 stitches together
sk
skip
slip sitich
sp(s)
space(s)
st(s)
stitch(es)
tch or t-ch

turning chNew Postain
through back loop
tog
together
treble crochet
trtr
triple treble crochet
WS
wrong side
yd(s)
yard(s)
yo
yarn over
yoh
yarn over hook



Pembukaan Blog Jarum Kait Satu atau dikenali "CROCHET"

Salam muhibbah dan salam satu malaysia..
saya buka laman blog ini khas kepada mereka yang beminat dan juga kepada mereka  yang baru nak bermula nak belajar jahit kait jarum satu  atau lebih dikenali "crochet". Saya harap dengan blog ini dapat membantu dan memudahkan kepada mereka yang tak dapat nak menghadiri kelas atau mendapat kesukaran atau kesuntukan masa untuk pergi kelas terutama suri rumahtangga dan ibu2 yang berkerja ader anak2 kecik ni  (macam sayalah contohnya). Dan juga kepada mereka yang diluar sana yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang lebih mendalam dalam bidang ini boleh lah memberi sedikit (banyak pun takper..hehehehe) tips2 atau tunjuk ajar kepada kami dan juga dapat berkongsi ilmu dan idea bagi memeriahkan lagi blog ini..Saya akan cuba “search” tutorial dan tips2 dari internet bagi memudahkan kita semua mendapat maklumat tentang jahitan crochet ini..
Sekian, Terima Kasih…(macam buat surat lak..hehehehe)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online