Tuesday, November 9, 2010

teringin nak buat tapi apa kan daya...

Huhuhu..paste gambar dari internet jerlah utk cuci mata..nak mengait pun still tak boleh lagi..so saya pun cari lah pattern2 yang ader kat internet untuk dikongsi dengan rakan2 blogger..mana tahu ader yang nak cuba..dah try buat leh ah tunjuk hasil kat saya bagi semangat skit nak buat utk anak2 saya...huhuhuhu..frust sangat2...

 


Tuesday, November 2, 2010

Kek Lagi..Kali ni Kek Marble..



hehehe..masa saya duk mabuk2 hari tuh..duk mari minat wat kek..tekak pun asyik duk teringin nak makan kek jer...tuh yg buat kek selang seminggu ni..tapi kek yang saya buat ni tak letak gliserin pun..sbb takder..tapikan naper color dia tak terang cam yg dalam resepi..ader saper2 tahu tak..ni resepi dia saya amik dr blog mat gebu..

Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )

  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g Gliserin
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco 

Cara-Cara

1.Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan. 2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata. 
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2). 
6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis. 
7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

trylah..sedap..tak rugi kalu mencuba..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online